Monday, August 10, 2009
Kain Licin.. Seksi Dalam Diam
Sejauh manakah pekanya wanita-wanita Islam dalam berpakaian? Satu topik yang seringkali menimbulkan ketidak selesaan di kalangan kaum Hawa. Maklumlah, ianya melibatkan sesuatu yang menutupi tubuh mereka, melindungi kemaluan dan setiap bahagian sulit di tubuh mereka. Namun peredaran masa membuatkan wanita-wanita zaman kini seakan lupa di mana aurat mereka sebenarnya.
Jika ditanya kepada kaum Hawa, di manakah aurat anda? Pasti jawapan tepat yang diberikan, iaitu seluruh tubuh kecuali wajah dan pergelangan tangan ke hujung jari. Tetapi sebenarnya jawapan itu tidak tepat, mereka terlupa bahawa konsep aurat bukanlah hanya menjaga agar kulit, rambut dan bahagian-bahagian tubuh tidak kelihatan, malah bentuk tubuh juga sebenarnya menjadi aurat yang sering dipandang remeh oleh kaum hawa muslim di zaman kini. Kita tolak ke tepi pakaian-pakaian yang jarang kainnya, kerana setiap orang sudah sedia maklum bahawa ianya adalah pakaian yang sebenarnya terlalu melampau untuk seorang wanita Islam, lebih-lebih lagi sungguh memalukan sekiranya sipemakainya bertudung, benar-benar menghina Islam dan seakan-akan menjadikan wanita Islam sebagai objek seks nafsu manusia termasuk bukan Islam. Malah ianya seakan-akan meletakkan maruah tubuh wanita Islam begitu murah dan mudah untuk dilihat sekalian mata kaum Adam semata-mata hanya kerana ikutan fesyen dan trend. Tetapi saya lebih suka hendak menyentuh aspek ukuran dan jenis kain sebenarnya.
Zaman kini, teknologi telah membantu manusia untuk mencipta sesuatu yang lebih menarik dan cantik. Begitu juga dengan fesyen. Teknologi telah berjaya mencipta berbagai jenis kain yang cantik, lembut dan selesa untuk dijadikan pakaian. Namun adakah kesemua jenis kain-kain itu sebenarnya menepati syarak di dalam konsep aurat di dalam pemakaian kaum Hawa?
Minta maaf jika terlalu kasar, tetapi sebenarnya, pada zaman kini, majoriti umat Islam wanita sebenarnya dibogelkan oleh fesyen tanpa mereka sedari. Bagi mereka, aurat mereka benar-benar terjaga, sebagai contoh bertudung dan berbaju kurung. Namun, hakikat sebenarnya, setiap lelaki yang dianugerahkan nafsu oleh Allah s.w.t yang memandangnya tahu akan setiap inci struktur tubuh mereka. Tahu di mana lengkuk rampingnya. Tahu setakat mana montok bukit kembarnya. Tahu segebu mana peha mungilnya. Tahu sebulat mana dan selentik mana punggungnya. Tahu selembut mana perutnya. Astaghfirullahal'azim...
Setiap lelaki memiliki kelebihan ini bukan kerana mereka gila seks, bukan kerana kuat nafsu, bukan kerana mereka dirasuki oleh syaitan, tetapi kerana mereka memiliki 10 akal. Lantaran itu, adalah tidak mustahil kaum Adam mempunyai fikiran yang bercabang dan berakal panjang dan mampu memikirkan hingga ke tahap yang kita tidak jangkakan. Saya tiada langsung berniat untuk merendah-rendahkan kaum Hawa, bagi saya kaum Hawa juga memiliki akal yang bagus dan hebat kurniaan Allah s.w.t namun sejauh mana kebolehan akal mereka metafsir dan memproses sebenarnya tidak seperti anugerah yang dimiliki oleh kaum Adam. Senang kata masing-masing memiliki kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri. Oleh sebab itulah, ramai kaum Hawa yang tidak memikirkan hingga ke tahap penglihatan fikiran yang dimiliki oleh kaum Adam.
Bagi mereka, setiap kali pakaian disarung ke tubuh, di fikiran masing-masing yang ada hanyalah cantik ke tidak, matching ke tidak dengan warna kulit, ada ke tidak tudung yang matching warnanya, jarang ke tidak, kalau jarang pakai kain dalam atau chemise. Langsung tiada di fikiran mereka adakah pakaian tersebut memperlihatkan tubuh mereka setiap kali mereka berjalan, adakah pakaian tersebut menyerlahkan kemontokan tubuh gebu mereka dan adakah pakaian tersebut terlalu menarik perhatian lelaki?
Kain-kain yang licin sebenarnya lebih membangkitkan selera nafsu kaum Adam. Mungkin jika ditanya kepada sesetengah lelaki, ada antaranya yang tidak mengakui dan hanya mengatakan mereka berasa biasa-biasa sahaja. Hakikat sebenarnya adalah mereka tidak mahu memalukan kaum wanita dan tidak mahu di cop sebagai kuat nafsu. Walau pun agak hipokrit dan munafik, namun itu adalah jawapan yang mereka pilih.
Sesungguhnya kain-kain yang licin lebih menyerlahkan kemontokan tubuh wanita. Sebagai contoh kain satin (atau satan) dan sutera. Lengkuk dan kegebuan tubuh kaum Hawa lebih terserlah dan lebih mudah kelihatan apabila kain tersebut melekap di tubuh. Malah tanpa mereka sedari, setiap perbuatan mereka kadangkala membuatkan pakaian mereka memperlihatkan susuk tubuh samada ketika berjalan, mengambil fail dari dalam rak, menonggeng mengisi borang di kaunter borang di bank, mengambil sesuatu yang jatuh di lantai, menggeliat dan berbagai lagi. Malah ketika duduk sekali pun mereka sebenarnya menyerlahkan kegebuan tubuh masing-masing, lebih-lebih lagi apabila mereka menyingsing baju kurung ke atas dan mendedahkan peha yang dibaluti oleh kain yang licin. Semua itu sebenarnya menyumbang kepada keberahian kepada kaum Adam, bergantung kepada bagaimana kaum Adam itu sendiri menerimanya. Sesungguhnya semua itu dipandang remeh oleh kaum Hawa dan ianya benar-benar amat menyedihkan.
Malah, ada juga sebilangan wanita-wanita Islam yang sengaja membiarkan pakaian mereka agar kelihatan sendat membaluti tubuh masing-masing. Jika berkebaya, tidak sah kalau tidak sendat menampakkan bentuk punggung dan bajunya pendek mempamerkan tundun dan peha. Banggakah mereka menjadi objek seks kaum Adam? Jika berbaju kurung, sengaja menempahnya agar muat-muat dengan saiz tubuhnya hingga kelentikan tubuhnya jelas dijaja ke hulu-hilir. Banggakah mereka menggoda nafsu kaum Adam dalam pakaian yang 'konon'nya menutup aurat? Jika tubuh sudah semakin berisi, pakaian-pakaian yang jelas semakin mempamerkan kemontokan tubuhnya masih lagi dipakai dan tidak diubahsuai agar bentuk tubuhnya tidak jelas kelihatan. Banggakah mereka menjadi tatapan nafsu kaum Adam?
Sebenarnya setiap sesuatu yang Allah gariskan pasti ada sebabnya. Tidak perlu hendak dipertikaikan tentang hukum Allah. Jika benar maka benar, jika salah, ianya tetap salah. Tidak perlu hendak mempertikaikan adakah perlu memakai jubah besar-besar dan bertudung labuh jika benar-benar hendak mengikut syariat Islam. Tidak perlu hendak mempertikaikan adakah perlu memakai pakaian yang jelas tidak berfesyen dan kelihatan kolot demi menjaga aurat. Segalanya terletak pada kebijaksanaan akal kaum Hawa sendiri untuk menjaga diri dan tubuh mereka dari menjadi objek nafsu kaum Adam dalam senyap.
Berbagai jenis kain yang cantik dan mahal yang jelas tidak memperlihatkan susuk tubuh berada di pasaran. Tidak licin dan tidak nipis. Pilih sahajalah yang mana berkenan. Ada yang berjenama mahal dan ada juga yang bertaraf ekonomi. Masih lagi boleh melaram, masih lagi boleh dipuji cantik dan anggun. Mata kaum Adam sejuk, hati pun tenang. Tidak perlu reka sendat-sendat, tidak perlu reka singkat-singkat dan tidak perlu licin-licin. Cukuplah sekadar cantik menawan atas ibadat kepada Allah demi menjaga maruah.
Saya memohon ribuan ampun dan maaf kepada semua wanita yang membaca komentar saya hari ini, sekiranya ianya membuatkan anda semua tidak puas hati dan panas atas hujah-hujah yang saya sampaikan. Saya sampaikan kerana saya sayang dan hormat kaum Hawa, terutamanya wanita-wanita Islam. Sebagai lelaki muslim, saya tidak sanggup melihat dan mendengar wanita-wanita Islam menjadi objek seks dan menjadi tumpuan tatapan penuh nafsu dari setiap mata lelaki termasuk yang kafir. Demi keagungan agama Allah yang saya junjung, saya berhujah atas ibadah, bukan hentaman membuta tuli. Yang elok datangnya dari Allah s.w.t, yang buruk adalah dari kita sendiri. Yang baik jadikan teladan, yang buruk kita jauhkan. Salam sayang dari kaum Adam. Wallah'alam...
Sunday, June 7, 2009
Seri Gadis bertudung pink atau Merah Jambu.
Gadis melayu memang manis sekali dengan bertudung pink atau merah jambu.
Maksud merah jambu :
MELAMBANGKAN KEWANITAAN DAN KEIBUAN
WARNA UNTUK PERTUMBUHAN SPIRITUAL FALSAFAH KEJAYAAN DAN
SIKAP YANG POSITIF
Tidak hairanlah ramai yang gadis atau wanita yang berminat memiliki sifat keibuan yang di ingini oleh seorang lelaki.
Gadis Bertudung ayu.
Kain satin yang halus dan licin menampakkan keayuan dan menambahkan kejelitaan si pemakai agar tampak berseri dan anggun. Semoga majlis anda lebih meriah dengan adanya fesyen seperti tersebut.
Fesyen untuk majlis keramaian seperti tunang
Fesyen Tudung untuk majlis pertunang atau perkahwinan sesuai untuk peragaan bakal pengantin.
Yang mana satu pilihan anda Hijau ataupun Kuning Pisang.
Maksud warna hijau :
HIJAU
MELAMBANGKAN KEREMAJAAN
MEMAPARKAN KEMUDAHAN, SEJUK, KETENANGAN, KESEJAHTERAAN DAN SENTIASA INGIN MEMPERBAIKI
MELAMBANGKAN PERASAAN CEMBURU APABILA
WARNANYA BERTAMBAH GELAP.
Maksud warna kuning :
KUNING
WARNA KUNING YANG BERLEBIHAN BOLEH MENYEBABKAN SESEORANG
ITU MENJADI DIKTATOR DARI SEGI PEMIKIRAN
WARNA KUNING YANG LEBIH CERAH MENUNJUKKAN KEASLIAN DALAM
AKTIVITI PEMIKIRAN
WARNA KUNING YANG LEBIH GELAP MENUNJUKKAN PEMIKIRAN YANG
LEBIH CONDONG KE ARAH KECERIAAN DAN BERSANGKA BURUK
tag : aksi gadis bertudung, gadis melayu bertudung, manis ayu bertudung, gambar gadis bertudung, tudung malaysia, fesyen tudung, fesyen majlis pertunangan, fesyen majlis perkahwinan.
Fesyen Gadis Melayu Bertudung
Fesyen Gadis Melayu Bertudung untuk majlis pertunangan atau perkahwinan.
tag : gadis melayu bertudung, 3gp gadis melayu bertudung , awek melayu bertudung, manis bertudung, gambar gadis bertudung , koleksi gadis tudung, koleksi gadis bertudung, koleksi awek bertudung, awek manja, melayu bertudung seksi, bertudung tapi pakai baju ketat, tudung cara jahiliah, bertudung hanya nak tutup perangai sebenar, bertudung nak tutup love bite, awek tudung ,awek hijab, awek jilbab, jilbab, bertudung ,rehab,Tudung seksi, seksi tudung, kebaya ketat, baju ketat, tudung baju ketat,pakai tudung tapi seksi,melayu, melayu boleh,gadis bertudung, awek tudung, remaja melayu, skodeng, fesyen tudung jahiliah, fesyen tudung moden, fesyen bertudung kini.